Saturday 15 March 2014

Asasi, Matrikulasi atau Diploma?


Tujuan Cik Wani menulis ini untuk memberikan sedikit penerangan kepada kalian tentang hala tuju lepas SPM... Cik Wani rasa dalam masa sebulan sebelum result SPM keluar, kalian mesti buat 'part time' research pasal haluan semua stage lepasan SPM...  Sama ada pilih Diploma? Matrikulasi? Atau Asasi? Syukurlah kepada Allah S.W.T. kerana Dia masih izinkan kita untuk meneruskan kehidupan ini... :)

Dengan sedikit pengalaman orang lain yang Cik Wani bakal kongsikan ini, diharap dapat membantu kalian untuk memilih mana yang terbaik... Cik Wani bukanlah seorang ahli akademik atau pentadbir... Tapi, in shaa Allah suatu hari nanti... :)  Cik Wani hanya seorang student yang menunggu keputusan SPM keluar dalam masa 4 hari lg... Oleh itu, Cik Wani rajinkan diri untuk buat research pasal ni dan share dengan korang...Tetapi dengan sedikit perkongsian ini, diharap dapat membantu kalian. Fokus perbincangan Cik Wani hanya kepada peluang pendidikan dalam Negara...

Untuk memilih tembat belajar perlulah melihat kembali apa result yang kita dapat... Realistik...

Matrikulasi vs asasi

Apa beza program asasi dan matrikulasi ini?
  • Program asasi ini diuruskan oleh Universiti, dibawah kementerian pengajian tinggi. Manakala program matrikulasi dibawah kelolaan kementerian pelajaran yang juga menguruskan sekolah rendah dan menengah.
  • Silibus yang digunapakai juga berbeza. Program asasi ini lebih banyak menggunakan silibus daripada luar negara. Untuk mendapatkan buku rujukan ianya perlu ditempah oleh pensyarah dan selalunya mengambil masa 2 minggu untuk sampai. Berbeza dengan matrikulasi, buku rujukannya mudah didapati di kebanyakan kedai-kedai buku.
  • Kehidupan yang berlainan. Kehidupan di Asasi ini agak mencabar kerana pergaulannya banyak   bersama pelajar-pelajar lain sama ada ijazah atau diploma. Matrikulasi pula lebih kepada kehidupan berasrama rakan sebaya.


Universiti yang menawarkan program asasi ini banyak sebenarnya. Tetapi Cik Wani hanya tahu daripada UIAM, UiTM dan Universiti Malaya (UM). Pengambilan kursus asasi agak perit tetapi menyeronokkan. Mungkin pada mulanya kalian akan terkejut dengan sistem pelajaran dan suasana universiti ini kerana pelajarannya pantas. Satu topik boleh habis untuk sekali syarahan sahaja. Keadaan ni ditambah lagi dengan gaya hidup bebas mahasiswa. Banyak perkara tidak diketahui. Kalian juga mudah terikut-ikut gaya orang. Peraturan di Universiti ini kurang ketat. Tidak seperti matrikulasi yang mewajibkan pelajarnya memakai baju kemeja bertali leher setiap hari.

Setahu Cik Wani, di matrikulasi Cik Wani tidak mendengar sebarang masalah. Kerana suasananya seperti asrama sahaja. Asasi dan matrikulasi ini Cuma setahun. Berbanding diploma 3 tahun. Bolehlah dikatakan setahun di asasi atau matrikulasi ini memang sibuk.

Pandangan peribadi Cik Wani sekiranya kalian rasa mampu untuk bersaing pada tahap tertinggi mohonlah program asasi... Tetapi sekiranya keyakinan diri terhadap kemampuan diri tidak begitu tinggi, matrikulasi pilihan terbaik... Sekali lagi Cik Wani ingin mengingatkan realistiklah... Keputusan SPM yang baik tak semestinya mencerminkan kita bijak dalam sistem akademik ini. Perlu diingat, sistem di asasi ini memang mencabar dan kehidupannya berlainan tau... Satu lagi perlu diingat, pada yang nak ambil matrik dan asasi, korang perlu struggle lebih untuk survive dalam masa setahun tu sebab masa yang diberi memang tak akan mencukupi. Dan sepanjang masa itu, kalian kena lupakan hal-hal yang boleh melalaikan kalian..

 Ramai senior yang sama sekolah/berlainan sekolah dengan Cik Wani belajar di matrikulasi mendapat keputusan yang lebih baik berbanding senior -senior Cik Wani yg ambil asasi sedangkan mereka di program matrikulasi... Mungkin faktor sudah terbiasa dengan kehidupan di asrama. Tahu perjalanannya bagaimana. Asasi tidak menjanjikan apa-apa kelebihan selain kehebatannya kepada requirement untuk memasuki program ini yang tinggi... Keputusan teruk akan 'ditendang keluar' dan kuota untuk melanjutkan pelajaran di Universiti pada peringkat ijazah yang menawarkan program asasi itu sendiri tidak terjamin... Seperti contoh asasi UiTM tidak semestinya mengambil ijazah di UiTM... Ini bukan untuk menakut-nakutkan... Memanglah sekiranya malas berusaha dimanapun kegagalan akan kita temu... Kalau rajin Insya Allah, Allah akan tolong...

Satu lagi yang menjadi kemushkilan Cik Wani adalah sistem pemilihan untuk program ijazah kelak... Seperti yang sedia maklum, pembelajaran di peringkat asasi ini lebih susah daripada matrikulasi. Silibus akademik dan kehidupannya. Gred peperiksaannya juga berdasarkan universiti. Tidak adillah untuk momohon semula UPU dan bersaing kembali dengan lepasan matrikulasi semula, yang mengikuti sistem yang berbeza dan dilihat lebih mudah. Apa bezanya asasi dan matrikulasi? dilihat rugi sedikit peringkat asasi ini kerana ianya lebih sukar lavelnya.

Kebaikan asasi pula adalah ketika di peringkat ijazah. Banyak perkara yang belajar di peringkat asasi diulang semula pada peringkat ijazah. Bermaksud kalian akan mempunyai basic pelajaran yang telah diambil ketika mengambil ijazah nanti.. Jadi, kalian tak perlu nak takut-takut untuk sambung ijazah dah..

Diploma

Pengajian di peringkat diploma amat tenang. Ianya adalah jalan yang agak selamat tetapi mengambil masa dan kos yang lebih... Pengajian diploma agak relax. Banyak masa boleh digunakan untuk melakukan pelbagai perkara sambil belajar... Tetapi Cik Wani lebih menyarankan kepada kalian yang mendapat keputusan yang agak cemerlang untuk masuk ke matrikulasi. Sibuk setahun ini agak berbaloi. Jimat masa dan wang. 

Namun terpulang kembali kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan. Ambil diploma kosnya mahal. Pinjaman PTPTN menjangkau belasan ribu. Naik peringkat ijazah, pinjam lagi. Di matrikulasi dan asasi elaun disediakan. (sekarang tak pasti masih ada atau tidak peruntukan elaun).

Keputusan di tangan masing-masing. Cik Wani hanya bertujuan untuk memberikan gambaran sahaja. Sekiranya ada soalan boleh tanya...

Dapat Cik Wani simpulkan,

Ranking kesukaran

1. Asasi
2. Matrikulsai
3.Diploma

Ranking kesenangan

1. Diploma
2. Matrikulasi
3. Asasi

Ranking peluang yang lebih mudah melanjutkan pelajaran ke ijazah

1. Matrikulasi
2. Asasi
3. Diploma

Ranking manfaat jangka panjang

1. Asasi
2. Matrikulasi
3. Diploma

No comments:

Post a Comment