Tuesday 18 March 2014

Tentang Rasa Diri Ini



Ini bukan kisah sedih dan bukan juga kisah suka tapi ia brkait rapat dengan sebuah rasa....
Cinta....
Entah mengapa setiap kali aku cuba mengusir satu rasa yang hadir di hati ini, tapi, tiap kali itu jugalah aku kalah melawan perasaan...
Ya Allah,
Begitu kuat rasa suka itu hadir ke dalam jiwaku...
Jujur, aku tak mahu lemas dalam dakapan cinta yg melekakan...
Tapi makin kuat aku cuba melupakan, makin kuat pula aku di duga....
Apakah ini cinta atau mainan nafsu semata...?
Sungguh aku tak kuat...
Semakin di layan perasan ini semakin pedih ku rasakan....
Mahu berlaku jujur terpalit segan,
Mahu menutur kata, bimbang hati di cemari...
Biarlah aku diam kerana aku belum bersedia.......
Sebelum ini memang aku sendiri yg menolak rasa cinta yg hadir di hati, seboleh mungkin ku cuba untuk tidak menyayangi kerana aku tak mahu terluka lagi.. Tapi kali ini aku tak mampu pertahankannya....
Bertahun ku Merawat luka di hati, namun, begitu mudahnya ia berdarah kembali....
Aku pernah rasa kecewa dengan ketidakhadiran dia menemaniku, tapi kini ku mengerti mengapa dia makin menjauh dariku...
Mungkin sekarang sudah tiba masanya aku harus berhenti menyukainya kerana aku menyedari bahawa dia akan lebih bahagia bila dia bersama insan yang dia sukai dan tentunya insan itu bukanlah aku...
Apalah makna perasaan yang ku pendam sedangkan cintanya bukan untuk aku...
Aku harus berhenti berharap...
Aku menyedari bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya dan aku harus mengundur diri...
Aku harus belajar untuk menerima hakikat yang dia bukan untukku... Aku harus belajar untuk tabah andai dia pergi dari hidupku...
Aku harus belajar untuk kehilangan andai dia bukan jodohku.. 
walaupun mengenalinya hanya sementara tapi ianya amat bermakna sekali bagiku...

Rasa cinta yang hadir sebelum waktunya perlu segera di usir bimbang hati ini terus terusik... Mengusir cinta bukan bererti membenci tapi lebih kepada menjaga hati agar tidak tersakiti...
Aku sedar cinta manusai itu adalah suatu yg tak pasti...
kerana cinta Allah jua yg Abadi...
Duhai hati, usahlah membuang waktu mengenang kasih yang sementara..
Semakin di kejar,ia semakin menjauh..
Lupakan perasaan padanya dan buang sejauh mungkin...
Aku akan cuba hapuskan bayangan dia dari kotak fikiran dan lenyapkan dia dari hati ini...
Kerana aku percaya, jika ada jodoh antara kami, kami akan bersama... 

*Hal ini seolah -olah aku bermimpi tapi hakikatnya aku berada didunia yang nyata~

No comments:

Post a Comment